Hehh maaflah baru nak update pasal kem sekolah .
Kawe takde mood nak post beberapa harini .
Okay lemme start \m/
Aku pergi kem sekolah ni datang sebagai pembantu jurulatih . Agak best lah juga , first time kan . Muahahahaha boleh tidur lama lama sikit . Keseluruhannya best lah juga kem perdana unit beruniform tahun ni . Tapi kem tahun ni sangat santai . Yknow why ? Ok teruskan membaca . Kem ni langsung takde peraturan , I mean macam perempuan boleh pakai lengan pendek boleh pakai selendang boleh bawa phone time aktiviti blablabla . Get it ? Kem tahun lepas kat Bukit Lagong ber-peraturan kot . So korang jangan lah cakap kem tahun ni macam kem tentera . Haha setakat tidur pukul 4.30 bangun pukul 5 itu normal . Like duh , kata kem?
Pastu cikgu boleh pula pasang lagu time makan . Wahaha ni kem paling santai pernah aku pergi . Tak pernah aku pergi kem macam ni . Serious . Masa hari kedua tu kita semua pergi jungle trekking . Wahahah thanks Yana jaga aku :* Aku takut gila tang tanah licin tu . Kasut aku dah lah licin + dengan fobia aku lagi --' Pastu dah naik bukit turun bukit lak . Best lalu kat ladang kelapa sawit . Pastu kena river crossing . Mak aih , aku orang terawal kena buat dulu . Tali tu dah la kendur --' Badan aku kena lawan arus lagi tu . Sampai tengah je aku dah macam superman . Tak larat nak lawan arus , tapi aku cuba jugak nak peluk tali tu dan akhirnya aku berjaya xD aku pun tak sangka aku kuat macam tu :') *tearsofjoy* HAHAH dah sampai hujung bapak ah excited je main air sungai tu . Pastu baru orang tu nak tegangkan tali -_- cilaka , time aku buat bapak lah susah sebab tali kendur .
Pastu nak sampai balik tempat camp site , kteorang kena water tubing ! Wooooohoooo . Korang bayangkan water tubing ni macam kat Sunway Lagoon tu . Korang duduk kat atas pelampung pastu turun slide tu sambil jerit macam orang gila . Haha tapi water tubing ni just duduk atas pelampung then biar jelah arus sungai tu bawa korang . Memang rasa tenang gila :') Time tu boleh ber-muhasabah diri kot . Sebab cikgu lepaskan sorang-sorang . So kita takkan bertembung dengan orang lain . Memang best gila , dah la sekeliling tu hutan . Rasa nak buat lagi je . Jarak perjalanan dia pun agak lama lah , about 10+ mins kot .
Okay petang tu buat aktiviti station pulak . Aku , Scya & Shafiq kena jaga kat station kompas . Station aku paling sekejap . Haha setakat dorang reti baca kompas guna kompas , pastu pusing sana sini . Dah siap . Itu je aku ajar . Then dorang boleh buat hal sendiri . Malam tu ada malam kebudayaan , bosan nak mati . Aku dengan Faruq kat belakang dah tersengguk-sengguk kepala sebab mengantuk . Cikgu Azrul lagi lah , siap terlena lagi . Ada jugak la persembahan yang best , tapi ada yang bosan .
Ok lah , mungkin tu je kot yang aku mampu nak cerita kat korang . Pengalaman pergi kem ni memang best sebenarnya . Kat mana lagi korang nak dapat kan pengalaman macam ni , lagi lagi dengan member member & zaman persekolahan . Besar nanti masing masing pun bercerita lah pasal kem di gopeng perak :) Semua tu dah jadi kenangan manis bagi dorang . So lepas ni , kalau sekolah buat kem ke apa aktiviti , join je . Takkan la korang nak habiskan zaman remaja korang kat cc kan ? Apa korang nak cerita kat anak anak korang nanti ? " Ayah menang dota hampir 1000 kali tau kat CC orange , ayah hot time tu " cenggitu ? hahaha
Dah dah aku nak stop , mengantuk pula .
Byebye :)
"Perfect moment is hard to find . So we have to take the moment , and make it perfect " -Myself
No comments:
Post a Comment