November 11, 2011


Assalamualaikum .
Balik dah dari kem .

Program Menjana Transformasi Pemimpin Gen. Y Unit Beruniform \m/
Gen. Y tu apa ? Generasi Muda (Y=Young)
Alhamdulillah , kem aku pergi kali ni sangat best walaupun peserta yang hadir 49 orang sahaja . It supposed to be 80 something , tapi yang tak datang tu , memang korang rugi besar dan patut menyesal :)
Okay , aku nak cerita dari awal aku datang sampai aku balik rumah . Ah takde takde , aku nak cite jugak ! Haha

First day,
pergi PPWBP untuk pendaftaran . dok dengan kerol . wah semua muka tak kenal . k watlek . naik bas , duduk sebelah Nazatul Aida ♥ Hehe dia ni form 4 , taktahu la sesat camne kat kem form 3 . HAHA jangan marah x) Masa tu tengok movie apatah dalam bas tu , layan jelah . Dah sampai Nur Lembah Pangsun Eco-Resort , terus berkumpul kat dewan . Ada taklimat blablabla whatever . Then minum petang kot , pastu ada pembahagian kumpulan . Aku dapat group dengan Derik from VI (group leader), Wei Kang , Izzat , Safwan , Haqim, Fifi from Tmn Connought , Farah from TTDI & Shai (penghuluwati) . Pastu satu khemah dengan Nztl Aida , Shahirah & lagi sorang lupa nama :p 

Then malam tu lepas solat maghrib isyak , about 9.30pm dah ready untuk aktiviti Solo Drop . Yang dorang letak sorang sorang dalam hutan tu . Haha , katanya duduk sebelah kawasan perkuburan orang asli . Entah betul entah tidak , Allah saja yang tahu :D Aku ingat lagi password , Malam Seram . Nombor badan aku , 02 . Yang first , Shahirah sebab dia asthma . Aku second , sebab aku sorang je hal perempuan . Ktrg dua kena duduk depan so jurulatih boleh pantau & yang belakang aku semua perempuan dan seterusnya barisan lelaki . Dah masuk tu beberapa minit , ktrg stuck . Sebab apa ktrg tak pasti , tapi ktrg dengar dua/tiga ekor anjing menyalak . Anjing liar rasanya , agak lama ktrg berhenti sebab jurulatih2 kena berbincang . Demi keselamatan ktrg , terpaksa patah balik dan ikut jalan lain .

Jalan jalan , budak lelaki ada yang kena letak dalam semak , kesian . Aku kena letak kat tempat pokok pokok tinggi . Pastu ada buluh tercacak tersusun depan & kiri aku . Belakang aku semua pokok pokok . Mula mula memang aku takut , ayat kursi , surah an-nas , semua benda aku baca . Haha lama lama dah tenang sikit en , ceh boleh lak termenung pastu mengantuk . Aku pikir nak tidur je , tapi tak berani . Takut kang bangun bangun , tempat lain. Perghhh memang tak weh ! Hahah pastu aku tengok bulan , tepat tepat atas kepala aku . Boleh lak feeling feeling , muahahahahah . Pastu aku bersin bersin , menganggu ketenteraman . Haha . Ada tu aku dengar ada budak lelaki tu zikir punya kuat . Wahh haha .

Pastu lepas jurulatih dah kutip semua , ktrg dibawa ke satu tempat yang lapang gila . But still atas bukit . Pastu ada la senaman sikit , then ktrg semua kena baring . Jurulatih suruh ktrg nikmati keindahan dunia :') Lawa gilaaaaaaaaa , bulan penuh pulak tu . Pastu ada banyak bintang ♥ Then lepas semua dah bangun , ada la trainer motivasi sikit . Tiba tiba, aku nampak meteor atau lebih dikenali tahi bintang , tak semua nampak , sikit je nampak dan aku salah seorang diantaranya :> nampak 1 saat je bnd tu , pastu dah hilang . K dah habis semua turun , balik tempat kem . Masuk tidur ~ Perghhh berapa kali aku terbangun . Sejuk macam kat north pole kau tahu . Haha , bengang aku . Dah ah tak bawak sweater ke kain batik ke , selimut aku ialah towel aku . Haha itu cara aku .

Ok weh , ni part 1 . Baru first day dah panjang lebar ni . Haha nanti aku sambung ye , bye ;)

No comments: